top of page
  • Black TripAdvisor Icon
  • Black Facebook Icon
  • Black Instagram Icon

SEJARAH BERANANG

​

Beranang terletak di daerah Hulu langat, Selangor. Mukim ini unik kerana terletak bersebelahan Mukim Semenyih, Mukim Sepang dan Negeri Sembilan. Lebih unik apabila Pekan Beranang diletakan dibawah Negeri Selangor namun Kg Ulu Beranang terletak dalam Negeri Sembilan.

 

Beranang mendapat nama dari Loghat Negeri Sembilan yang bermaksud 'berenang', dimana Enam sahabat yang diketuai oleh Tok Batin Lidah Hitam terpaksa berenang di sebuah sungai yang cetek untuk ke seberang sungai. Malangnya sungai yang disangkakan cetek rupanya dalam dan arus deras. tetapi selepas Tok Batin tersebut berenang tiba - tiba sungai tersebut menjadi Cetek dan penduduk kampung tidak perlu berenang lagi sehingga kini.

 

Senarai kampung yang berada dalam mukim beranang ialah:

1. Kg. Sesapan Batu Rembau/ Bukit Rembau.

2. Kg. Sesapan Batu Minangkabau.

3. Kg. Jalan Enam Kaki.

4. Kg. Kuala Pajam.

5. Kg. Sesapan Kelubi.

6. Kg. Sungai Kembung.

7. Kg. Rinching.

8. kg. Sungai Jai.

​

KENALI KAMPUNG SESAPAN BATU REMBAU

​

Biodata Kampung:

Nama: Kampung Sesapan Batu Rembau, Beranang. Hulu Langat, Selangor.

Jarak Kampung: 3.5KM

Asal Penduduk: Rembau, Negeri Sembilan.

Kedudukan: Sempadan Negeri Sembilan dan Selangor

Agama Penduduk: 100% Islam.

Adat Resam Penduduk: Sistem Kesukuan (Adat Pepatih).

Bahasa Perantaraan: Dialek Negeri Sembilan.

 

Sebelum tahun 1963, segala hal ehwal kampung ditadbir oleh seorang ketua yang dikenali sebagai Datuk Dagang. namun bermula 1963, kedudukan Datuk Dagang diiktiraf Kerajaan melalui surat perlantikan rasmi dengan gelaran jawatan Ketua Kampung dan satu jawatankuasa dibetuk bagi mengurus tadbir dan bertanggungjawab atas kemajuan penduduk kampung serta memelihara adat resam masyarakat.

 

Suku Kaum yang terdapat di kampung ini:

1. Suku Kumbuh Pahang.

2. Suku Kumbuh Perut Ibu.

3. Suku Naning.

4. Suku Biduanda Darat.

5. Suku Biduanda Laut.

6. Suku Sungai Rokan.

7. Suku Batu Hampar.

 

7 Suku ini hidup dalam adat resam tersendiri dan harmoni di kampung ini. namun, adat bersuku kurang diamalkan bagi generasi muda kini. namun sejarah bersuku tetap sejarah unggul kampung ini.

​

© 2023 by Anton & Lily. Proudly created with Wix.com

bottom of page