
SELAMAT DATANG
KE
KAMPUNG SESAPAN BATU REMBAU BERANANG
DENGAN KERJASAMA



Sempena sambutan tahun baru 2020, Ahli Jawatankuasa Kampung menganjurkan program wajib tahunan iaitu, sambutan tahun baru pada 31 Disember 2019 di Balairaya pada jam 09.00PM hingga ambang tahun baru. Selain daripada pelbagai hidangan disediakan, tayangan wayang pacak bagi merasai zaman 80an turut dimainkan, bantuan berbentuk keperluan terhadap Warga Emas KBSR dan bantuan persekolahan tahun 1 bagi penduduk KBSR telah disampaikan oleh Ketua Kampung.

September 2019, KOSPEN (komuniti sihat perkasa negara), Klinik Kesihatan Beranang, Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat, dan Jabatan Negeri Selangor, telah menjalankan Majlis Perasmian KOSPEN Kampung Sesapan Batu Rembau dirasmikan oleh Dr. Ismail Lasa. pelbagai aktiviti dijalankan seperti senamrobik, demo masakan menu sihat, dan kempen Rumahku Bebas Asap Rokok.


Selain aktiviti dengan kerjasama Agensi Kerajaan dan Bukan Kerajaan, Jawatankuasa kampung juga aktif menganjurkan pelbagai kelas antaranya kelas Masakan, kelas menjahit, kelas membuat brownies dan kek dan pelbagai kelas berbentuk ilmiah dilakukan di Kampung ini.
Selain daripada aktiviti dan program pelbagai Kursus juga dianjurkan antaranya, Kursus Bantuan Awal Kecemasan bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat telah dijalankan pada 9 September 2019 di Balairaya KSBR

15 september 2019, telah diadakan program sukaneka lawan antara dua kampung iaitu kampung Sesapan Minangkabau dengan Kampung Sesapan Batu Rembau, selain pelbagai aktiviti sukan, pemeriksaan kesihatan turut dijalankan dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat dan Klinik Kesihatan Beranang.

Pertandingan adalah adat pembentukan masyarakat berdaya saing dan aktif, pelbagai pertandingan dianjurkan oleh kampung ini antaranya Pertandingan Gubahan Hidangan Pengantin, Pertandingan Pembuatan Tempe, Pertandingan Sukan Kampung dan sebagainya.

Jamuan Hari Raya Aidilfitri adalah program wajib setiap tahun dijalankan di Kampung ini, apa yang menarik segala juadah makanan adalah hasil goto - royong merewang penduduk kampung ini. secara tidak langsung, ukhwah dan kemasyarakatan sebuah kampung seluas lebih 3.5KM ini tidak pernah lekang dari pelbagai aktiviti dan saling mengenali antara satu sama lain.